Tuesday, October 16, 2012

majlis pertunangan aku & dia

alhamdulillah.....akhirnya ada masa juga buka blog anis ni,rasa-rasanya sudah lama anis tak view blog ni
cian...terbiar ja bzy punya pasal lah ni hehehe ^_^.
pejam celik cepatnya masa berlalu kan
tak lama lagi anis akan bergelar isteri orang insyALLAH....
dengan izin ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar amin..

sudah hamir dua bulan aku bergelar tunang org
tak sangka upnya aku dah semakin dewasa hehehe....
22|08|2012
tepat jam 12.30 
aku sah begelar tunang org


 majlis pertunagan ku dengan c dia yang tercinta 


alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti yang di rancang
dupdap-dupdap jantung hehehe...


love u pren
tQ cz habiskan masa d majlis ku hehe


 my beloved mom...


ni pulak bakal imam ku
dan ketua keluarga untuk anak-anak kita kelak
amin....
menghitung hari untuk di ijap Qabul kan
semoga apa yang di rancang u majlis perkahwinan kita nti
akan berjalan dengan lancar
dan semoga rumahtangga yang bakal di bina akan di perkati n di redahi ALLAH swt
amin ya rabbalalamin...

i love u sayang ;)

























Tuesday, February 14, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Khutbah Terakhir Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.



Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
- Artikel iluvislam.com

Saturday, February 11, 2012

Sekiranya Aku Jatuh Cinta | Cinta dan Kahwin

Sekiranya Aku Jatuh Cinta | Cinta dan Kahwin

Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cintakepada Allah dalam hati manusia, dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.
Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini. Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya. Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima..”
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.
Jom, sama-sama mengejar cinta ilahi. Walaupun ia sukar dan memerlukan pengorbanan dan usaha yang sungguh2. Teruslah berusaha, kerah tenaga, berdoa dan bertawakal. Moga Cinta Ilahi dapat kita kecapi.
Ya Allah dekatkan aku dengan apa saja yang mendekatkan aku dengan Cinta-Mu. AMIN.~
artikal by :- PAKARCINTA<3<3

Wednesday, February 1, 2012

ELLA - Sembilu



Layan lagu jiwang dlu...
bosan wat kerja yg x pndai habis huhhu~
sakit kepala tgk bnyak kerja ats meja.!!!